Polis Israel tendang pengusung jenazah Shireen

Polis Israel tendang pengusung jenazah Shireen

POLIS Israel bertindak memukul dan menendang individu yang mengusung jenazah Shireen di luar hospital sebelum di bawa ke gereja di Baitulmuqaddis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Polis Israel menyerbu perarakan ribuan rakyat Palestin yang mengusung keranda jenazah wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Mereka bertindak menghalang ribuan penduduk yang berjalan kaki, menceroboh pintu pagar serta memukul dan menendang individu yang mengusung keranda dengan kayu. 

Adegan ganas yang berlangsung selama beberapa minit itu menambah kemarahan rakyat Palestin atas pembunuhan Shireen ketika membuat liputan di khemah pelarian, Jenin, Tebing Barat.  

Susulan itu, puluhan rakyat mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan ‘dengan jiwa dan darah, kami akan menebus kamu Shireen’ mula berjalan menuju ke pintu masuk Hospital St. Joseph. 

Insiden ganas itu menunjukkan Zionis Israel langsung tidak menghiraukan amaran dari seluruh dunia yang mengecam pembunuhan wartawan berasal dari Palestin itu. 

Polis Israel menggunakan alasan terpaksa bertindak disebabkan sekumpulan rakyat Palestin di luar pekarangan hospital mula membaling batu ke arah mereka. 

Tindakan ganas itu dikutuk oleh Qatar dan Al-Jazeera termasuk Timbalan Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Farhan Haq yang menyifatkan insiden itu sebagai mengejutkan. 

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas Greenfield berkata, beliau sangat kecewa apabila melihat gambar yang tersebar. 

Beberapa minit selepas kejadian itu, keranda Shireen diletakkan di dalam kenderaan dan menuju ke Cathedral of the Annunciation of the Virgin di Baitulmuqaddis dan upacara pengebumian berlangsung dengan aman.-REUTERS 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya