Polis Iran guna gas pemedih mata suraikan peserta protes

Polis Iran guna gas pemedih mata suraikan peserta protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Polis Iran bertindak melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran bagi menyuraikan ratusan peserta protes di bandar Abadan.

Peserta mengadakan protes susulan bangunan setinggi 10 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh dan meragut 28 nyawa, Isnin lalu.

Media tempatan melaporkan protes dianjurkan buat malam ketiga berturut-turut di Abadan serta bandar lain yang bersempadan dengan Iraq.

Sementara itu, di bandar Mahshahr, Khuzestan, peserta protes dilihat menjerit sambil mengetuk dram tradisional.

Penduduk Iran turut berhimpun di bandar lain seperti Isfahan, Yazd dan Shahin Shahr sebagai tanda simpati terhadap mangsa tragedi.

Isnin lalu, jumlah mangsa terkorban dilaporkan hanya lima orang dan lebih 80 yang lain masih terperangkap.

Punca runtuhan belum dikenal pasti dan pemilik bangunan serta pengurus projek syarikat pembinaan ditahan.

Bangunan itu terletak di kawasan paling sibuk di Abadan yang dikelilingi bangunan komersial, perubatan dan pejabat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya