Lima maut bangunan di Iran runtuh

Lima maut bangunan di Iran runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Sebuah bangunan komersial 10 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di bandar Abadan, Iran.

Runtuhan itu menyebabkan lima orang maut dan lebih 80 yang lain dipercayai masih terperangkap.

Punca runtuhan belum dikenal pasti dan pemilik bangunan serta pengurus projek syarikat pembinaan ditahan.

Bangunan itu terletak di kawasan paling sibuk di Abadan yang dikelilingi bangunan komersial, perubatan dan pejabat.

Penduduk tempatan dilihat beratur di pusat menderma darah untuk mendermakan darah mereka kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

Rakaman video dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan berang dan berkumpul di tapak runtuhan ketika pasukan penyelamat masih melakukan kerja-kerja menyelamat dan memindahkan sisa runtuhan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya