Polis Houthi tahan wanita keluar beli-belah tanpa mahram

Polis Houthi tahan wanita keluar beli-belah tanpa mahram

GOLONGAN wanita di bandar Saad, Yemen perlu didampingi mahram lelaki ketika keluar rumah. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEMEN: Polis wanita bertindak menahan belasan pengunjung wanita di bandar Saad yang terletak di utara Yemen, selepas mereka keluar membeli-belah tanpa mahram. 

Kesemua mereka bagaimanapun dilepaskan selepas menandatangai surat akur janji.  

Kerajaan Houthi yang disokong Iran melarang golongan wanita membeli-belah tanpa ditemani orang lelaki dan mereka perlu mematuhi etika pemakaian serta hanya membenarkan wanita mengunjungi kedai tertentu sahaja di bandar itu.

Bagi menguatkuasakan larangan itu, penduduk memberitahu Arab News, belasan polis wanita dilihat memantau di bandar itu semasa bulan Ramadan, ketika kawasan jalan dipenuhi orang ramai. 

Portal berita Yemen, Al-Masdar Online melaporkan kerajaan Houthi menghebahkan larangan menerusi pembesar suara di sekitar kawasan jalan yang meminta golongan wnaita tidak keluar tanpa mahram serta menetapkan premis perniagaan yang boleh dikunjungi mereka. 

Larangan terhadap wanita keluar tanpa mahram berkuatkuasa ketika tentera Yemen memperhebat kempen moral di kawasan di bawah kawalannya. 

Sebelum ini, Houthi menangkap puluhan wanita kerana melanggar etika pemakaian Islam, mengharamkan nyanyian di majlis perkahwinan serta menahan penyanyi dan artis yang mencabar larangan itu. 

Laporan terbaharu oleh Panel Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuduh Houthi melakukan serangan seksual terhadap wanita, serangan fizikal dan psikologi serta menafikan hak mereka mengawal kelahiran. 

Penganalisis Konflik Yemen, Nadwa Al-Dawsari berkata, Houthi hanya mahu menjadikan wanita sebagai alat kepada lelaki dan berfungsi sebagai mesin pembuat bayi untuk menghasilkan pejuang.

Bagi penyunting portal berita itu, Ali Al-Fakih, Houthi mengubah Saad menjadi bandar percubaan melaksanakan undang-undang yang keras. 

“Mereka menganggap Saad sebagai tempat suci untuk disebarkan doktrin dan melahirkan pengikut. Sebab itu, mereka boleh melaksanakan sebarang keputusan dengan mudah.

“Orang ramai sudah tidak boleh bernafas di Saad. Saya fikir undang-undang tersebut akan mula dilaksanakan di kawasan lain pula,” katanya.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN