Pesawat Tibet Airlines terbakar selepas tergelincir dari landasan - Utusan Malaysia

Pesawat Tibet Airlines terbakar selepas tergelincir dari landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah pesawat syarikat penerbangan Tibet Airlines terbakar selepas tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Chongqing.

Stesen penyiaran televisyen CCTV melaporkan, pesawat itu mendarat dari Chongqing ke Lhasa di Lapangan terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei ketika kejadian berlaku.

“Insiden itu menyebabkan pesawat berkenaan terbakar dan terdapat sejumlah penumpang dilaporkan mengalami kecederaan,” jelas stesen penyiaran tersebut.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan, semua penumpang dan kru berjaya dikeluarkan dengan selamat dari pesawat terbabit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya