Penternak jual lembu harga murah elak jangkitan FMD

Penternak jual lembu harga murah elak jangkitan FMD

PENTERNAK menunjukkan lembu yang makin lemah akibat dijangkiti FMD di Jawa Timur. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Golongan penternak berpakat menjual lembu dengan harga yang murah daripada mengalami kerugian akibat dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD). 

Penternak dari Kampung Nguter, Lumajang, Fitria Lestari berkata, dia nekad menjual empat lembunya dengan harga yang murah dari pasaran. 

Katanya, daripada terus mengalami kerugian lebih baik dia menjual binatang ternakan itu sekarang.  

“Seekor lembu berusia 10 tahun dengan berat 200 kilogram dijual dengan harga 12 juta rupiah (RM3,596) sedangkan lembu tersebut kebiasaannya dijual dengan 18 juta rupiah (RM5,394). 

“Saya bimbang sekiranya lembu boleh mati akibat FMD dan sebab itu saya jual murah,” katanya lapor Kompas.com.   

Minggu lalu, pihak kerajaan terpaksa melaksanakan perintah berkurung di Jawa Timur bagi mengelakkan jangkitan penyakit FMD yang menyerang ratusan ternakan di wilayah itu. 

Situasi sama turut melanda Kampung Kalibendo, di Pasirian. 

Menurut Setiausahanya, Kasiyono Efendo, golongan penternak di kampungnya menjual lembu dengan separuh daripada harga biasa. 

Katanya, kebiasaannya lembu dijual dengan harga 30 juta rupiah (RM8,991), tetapi mereka jual dengan harga sekitar 15 hingga 19 juta rupiah (RM4,495-RM5,694).  

“Ya, memang harga tidak wajar tetapi sekiranya haiwan itu mati mereka akan mengalami kerugian lebih banyak,” ujarnya. 

Di Kampung Gredek, Gresik, Ahmad Astadi Priyanto, 25, berkata, dia gagal meraih keuntungan daripada ternakan yang dimilikinya. 

Katanya, selalunya dia mampu meraih keuntungan sebelum Hari Raya Aidiladha kerana permintaan terhadap lembu akan meningkat.

Bagaimanapun, katanya, penyebaran penyakit FMD menyebabkan permintaan terhadap haiwan itu makin terhad. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.