Penduduk selatan Ukraine ditawar jadi warganegara Russia

Penduduk selatan Ukraine ditawar jadi warganegara Russia

SEORANG wanita memegang pasport Russia semasa menunggu usaha menyelamat di bandar Donetsk.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan bagi penduduk di dua wilayah selatan Ukraine sehingga mencetuskan protes di Kyiv.

Pihak berkuasa Ukraine berang dengan tindakan itu kerana melanggar kedaulatan negara.

Putin menandatangani dekri yang menjejaskan penduduk di wilayah selatan Kherson yang berada di bawah kawalan penuh tentera Russia, dan wilayah tenggara Zaporizhzhia. 

Pegawai pro-Moscow memaklumkan kedua-dua wilayah itu boleh menjadi sebahagian dari Rusia. 

Timbalan Ketua Wilayah Kherson yang dilantik oleh Moscow, Kirill Stremousov memberitahu agensi berita negara RIA Novosti, sistem yang dipermudahkan membolehkan semua pihak melihat dengan jelas Russia akan berada di sini buat selama-lamanya.

“Kami sangat berterima kasih kepada Presiden Russia atas semua usaha yang dilakukan untuk melindungi rakyat di tanah Russia yang bersejarah dan kini sudah dibebaskan.

“Pihak berkuasa mahu membantu mereka yang ingin menyertai keluarga besar Russia,” katanya. 

Sementara itu, Kementerian Luar Ukraine membantah ‘pengeluaran pasport secara haram’. 

Jelasnya, tindakan itu merupakan pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine serta prinsip undang-undang antarabangsa.  

Di Washington, Jurucakap Jabatan Negara, Ned Price menyuarakan kebimbangan rancangan itu adalah sebahagian daripada ‘cubaan Russia menundukkan rakyat Ukraine secara paksa’. 

Permohonan itu tidak mewajibkan rakyat Ukraine tinggal di Russia, tidak perlu menunjukkan bukti sumber kewangan mencukupi atau lulus ujian bahasa Russia. 

Semua permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh tiga bulan. 

Setakat ini, ratusan ribu penduduk di wilayah Donetsk dan Luhansk sudah menerima pasport Russia.-AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya