Pemuda terpengaruh ajaran bunuh semua 'musuh' Islam

Pemuda terpengaruh ajaran bunuh semua ‘musuh’ Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang rakyat negara ini berusia 29 tahun terpengaruh dengan ajaran yang mendakwa seolah-olah sudah menjadi kewajipan buat dirinya mengangkat senjata dan membunuh semua ‘musuh’ Islam.

‘Musuh’ tersebut termasuk golongan bukan Islam yang masuk campur dalam hal ehwal Islam serta negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Israel, lapor berita.mediacorp.

Disebabkan fahaman radikal dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar itu, Radjev Lal Madan Lal ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bulan lalu.

Dia juga dituduh membuat persiapan ke luar negara bagi menyertai konflik bersenjata.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan Radjev yang bekerja sebagai pemunggah di sebuah syarikat logistik mula berfahaman radikal sejak 2013 selepas diperkenalkan dengan ceramah dalam talian.

Radjev semakin taksub dengan ceramah tentang kebangkitan kumpulan Tentera Bendera Hitam sehingga cuba mempengaruhi keluarga dan rakan terdekat.

Dia juga cuba merekrut mereka menyertai perjuangannya dengan menubuhkan sebuah kumpulan media sosial bagi menyebarkan ideologi tegar itu.

Semasa diberkas, Radjev percaya bahawa kumpulan Taliban mungkin mewakili Tentera Bendera Hitam dan dia sudah merancang untuk ke Afghanistan bagi menyertai Taliban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN