Pemandu Bentley langgar pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah

Pemandu Bentley langgar pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah

CNA/Jeremy Long
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki dan anak lelakinya didakwa di mahkamah hari ini kerana terlibat dalam insiden membabitkan sebuah kereta Bentley di Sekolah Red Swastika, Januari lalu.

Neo Hong Chye, 61, menghadapi dua pertuduhan melakukan tindakan melulu sehingga menyebabkan kecederaan dan memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans, lapor berita.mediacorp.

Dia dituduh memandu kenderaan itu ke hadapan dan menyebabkan pengawal keselamatan, Neo Ah Whatt mengalami kecederaan pada lutut kanannya di luar sekolah tersebut, sekitar pukul 7.30 pagi, 11 Januari lalu.

Hong Chye ditawarkan ikat jamin sebanyak S$15,000 (RM47,364) dan perbicaraan akan bersambung semula 24 Jun depan.

Anak lelaki tertuduh, Glynn Neo Jia, 28, pula dikenakan dua pertuduhan atas kesalahan menukar nombor plat kereta dan membenarkan orang lain untuk menggunakan kenderaan tanpa perlindungan insurans.

Pihak polis dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerima aduan mengenai satu kes membabitkan seorang pemandu kereta yang didakwa membahayakan keselamatan seorang pengawal keselamatan di sekolah tersebut di Bedok North.

Pemandu berkenaan ditangkap pada hari sama sekitar pukul 3.35 petang.

Kesalahan melakukan tindakan melulu sehingga menyebabkan kecederaan membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda tidak melebihi S$5,000 (RM15,786) atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang didapati bersalah menukar nombor plat kenderaan boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menggunakan atau membenarkan penggunaan kenderaan tanpa perlindungan insurans, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda tidak melebihi S$1,000 (RM3,157) atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pesalah juga akan dilarang memiliki atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh 12 bulan dari tarikh sabitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya