Parti Buruh Australia isytihar menang pilihan raya

Parti Buruh Australia isytihar menang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Calon pembangkang dari Parti Buruh, Anthony Albenese bakal mengambil alih pentadbiran Australia selepas meyakini kemenangan dalam Pilihan Raya Umum negara itu, semalam.

Pemimpin berusia 59 tahun itu turut menjanjikan pembaharuan dalam kepemimpinan bagi menjadikan negara lebih adil dan hijau.

Dengan hampir dua pertiga undi sudah dikira, Parti Buruh kini mendahului dengan 73 kerusi meskipun belum memperoleh majoriti 76 kerusi.

“Rakyat Australia sudah mengundi untuk melakukan perubahan. Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini.

“Saya rasa rakyat sudah muak dengan perpecahan dan mahu bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.

Parti Buruh bakal mencipta kejutan selepas sembilan tahun menjadi pembangkang sekali gus menewaskan parti Konservatif yang memerintah hampir sedekad.

Perdana Menteri, Scott Morrison hanya berjaya memenangi 51 kerusi setakat ini.

Beliau turut mengaku kalah semalam walaupun undian masih berjalan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Australia memaklumkan parti yang bertanding memerlukan majoriti 76 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti.

Pilihan raya sebelum ini menyaksikan gabungan Konservatif mendapat 76 kerusi, manakala, parti Buruh hanya memperoleh 68 dengan baki tujuh lagi dimenangi parti minoriti dan calon Bebas.

Sebanyak 76 kerusi Senat turut dipertandingkan dalam pilihan raya itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya