Pakai kasut orang asli, pengarah filem diusir dari karpet merah Cannes

Pakai kasut orang asli, pengarah filem diusir dari karpet merah Cannes

KELVIN Redvers (kanan) tidak dibenarkan berjalan atas karpet merah dalam festival Cannes hanya kerana memakai kasut tradisional orang asli. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Seorang pengarah filem berketurunan orang asli warga Kanada tidak dibenarkan berjalan di karpet merah dalam majlis Festival Filem Cannes Ke-75 kerana dia memakai kasut tradisional.

Kelvin Redvers merupakan ahli komuniti Orang Asli Dene dan membesar di Wilayah Barat Laut Kanada.

“Saya membesar dalam persekitaran budaya dan tanah orang asli. Kasut tradisional kami merupakan isu besar buat kami.

“Saya faham mengenai peraturan etika pakaian bagi acara karpet merah, jadi saya ingat memakai tuksedo bersama kasut tradisional tidak akan menjadi isu, namun saya silap,” katanya.

Redvers menegaskan, kasut tradisional orang asli merupakan pakaian rasmi bagi kebanyakan budaya di Kanada.

Katanya, dia hanya dibenarkan melalui karpet merah sekiranya menukar kasutnya.

“Bila difikirkan semula, jujur saya cakap bahawa saya kecewa, sedih dan marah.

“Saya sudah pun tiba di sini dan tiba-tiba dimaklumkan tidak boleh masuk hanya kerana memakai kasut tradisional orang asli,” ujarnya.

Lebih menyedihkan Redvers, kasut tersebut dihasilkan oleh adiknya sempena festival itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN