Naik feri selama 6 jam untuk jumpa doktor  - Utusan Malaysia

Naik feri selama 6 jam untuk jumpa doktor 

PENDUDUK Pulau Fogo bakal kehilangan satu-satunya pakar perubatan sepenuh masa. - DEB SNELSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Penduduk di sebuah pulau terpencil Kanada dijangka terpaksa menempuh perjalanan menaiki feri selama enam jam selepas ini untuk mendapatkan perkhidmatan di pusat penjagaan kesihatan.

Hal ini berikutan penduduk di Pulau Fogo bakal kehilangan satu-satunya pakar perubatan sepenuh masa komuniti itu pada Jun ini.

Memetik laporan The Guardian, situasi serupa turut berlaku di kebanyakan pekan dan perkampungan di Newfoundland ketika wilayah itu menghadapi krisis ekonomi dan demografi. 

Jelas laporan itu, penduduk perlu melakukan perjalanan pergi-balik selama enam jam dengan menaiki feri untuk mengunjungi hospital berhampiran.

Malah, masa perjalanan itu tertakluk kepada faktor keadaan laut dan cuaca. 

“Buat kali pertama dalam tempoh 200 tahun, penduduk di pulau Kanada itu akan hidup tanpa doktor.   

“Sudah tentu ia mengejutkan semua dan mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan penduduk.

“Isu ini sesuatu yang sudah lama berlaku, ia tidak muncul semalaman,” kata pengacara radio Open Line, Paddy Daly. 

Sejak industri perikanan terjejas pada awal 1990an, wilayah Newfoundland dan Labrador berusaha untuk mendapatkan kembali momentum ekonomi.

Namun, wilayah itu juga bergelut dengan krisis demografi apabila kes kematian dilaporkan melebihi jumlah kelahiran dan pemindahan penduduk. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya