Lukisan Picasso cecah ratusan juta dikesan di rumah Imelda Marcos

Lukisan Picasso cecah ratusan juta ringgit dikesan di rumah Imelda Marcos

IMELDA MARCOS bergambar di apartmen miliknya di Manila dengan sebuah lukisan dipercayai karya Picasso yang mencecah harga jutaan ringgit.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Lukisan Picasso yang tergantung di dinding rumah Imelda Marcos semasa anaknya, Ferdinand Marcos Jr. mengunjungi kediaman itu mencetuskan pelbagai spekulasi di Filipina. 

Marcos Jr atau dikenali Bongbong bertemu ibunya selepas diisytiharkan menang dalam Pilihan Raya Presiden negara itu, lapor The Guardian. 

Berdasarkan imej tersebut, kelihatan lukisan Femme Couche VI Picasso di atas sofa dengan imej pakaian berwarna biru dan hijau berbaring atas katil berwarna kuning. 

Sehingga kini, tidak jelas sama ada lukisan itu adalah tulen dan merupakan salah satu daripada lapan lukisan yang disasarkan untuk dirampas oleh pihak berkuasa anti-rasuah pada 2014. 

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Presiden mengenai Kerajaan Baik (PCGG), Carranza berkata, pihaknya tidak jelas sama ada ia adalah lukisan Picasso tulen.  

“Imelda mempunyai tabiat membeli lukisan palsu serta sering meminjamkan lukisan palsu untuk dipamerkan,”katanya. 

Sebelum ini, Imelda terkenal dengan hobinya yang memiliki barang kemas, karya seni, pakaian berjenama dan koleksi kasut mewah sekali gus menjadi simbol keterlaluan dan ketamakan keluarga Presiden Filipina.   

Lukisan Picasso mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dianggap sebagai karya seni paling berharga seperti karya Bust of a Woman yang mencecah harga 20 juta pound (RM108 juta). 

Kemenangan besar Bongbong mengejutkan banyak pihak memandangkan mendiang bapanya, Ferdinand Marcos merupakan pemimpin diktator yang menyaksikan rakyat Filipina berdepan kesengsaraan semasa rejim pemerintahannya. 

Mendiang bapanya juga pernah terpalit dengan dakwaan merompak harta negara berbilion-bilion ringgit sehingga digulingkan pada 1986.

Kontroversi lukisan itu menimbulkan kebimbangan mengenai keluarga diktator itu akan menggunakan kuasa untuk mendapatkan semula kekayaan yang diperoleh secara haram. 

Di sebalik semua kontroversi yang melanda keluarganya, keluarga Marcos kekal berkuasa dalam politik Filipina apabila berjaya mempertahankan pengaruh dan rangkaian perhubungan.

Marcos Jr sebelum ini juga bergiat aktif dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik apabila pernah dilantik sebagai gabenor, anggota Kongres dan senator.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN