Lelaki putuskan bekalan elektrik setiap kali jumpa kekasih

Lelaki putuskan bekalan elektrik setiap kali jumpa kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki akan memutuskan bekalan elektrik di seluruh penempatan di Ganeshpur setiap kali ingin berjumpa teman wanitanya. 

Tindakan itu menyebabkan penduduk kampung di daerah Purnia, timur Bihar kerap terputus bekalan elektrik beberapa jam selepeas matahari terbenam, lapor Tribune India.  

Masalah yang turut berlaku kepada penduduk kampung bersebelahan itu menimbulkan persoalan ramai kerana syarikat elektrik mendapati tiada sebarang kerosakan berlaku. 

Penduduk kampung kemudian mengesyaki ia adalah perbuatan khianat dan berusaha menyelesaikan masalah itu. 

Pada suatu malam, selepas bekalan elektrik terputus, sebilangan penduduk membentuk beberapa kumpulan untuk mencari jawapan terhadap misteri itu. 

Selepas tiba di halaman sebuah sekolah, mereka terkejut apabila mendapati dua kekasih cuba merahsiakan hubungan mereka. 

Ternyata, lelaki itu yang merupakan seorang juruelektrik sangat terdesak untuk merahsiakan cinta mereka sehingga memutuskan bekalan elektrik selama dua hinga tiga jam setiap malam. 

Tujuan lelaki itu supaya orang ramai tidak dapat melihat mereka setiap kali bertemu. 

Tindakan mensabotaj bekalan elektrik menyebabkan lelaki itu dipukul dan diarak ke jalan raya sebagai bentuk hukuman.

Kedua-dua pasangan itu akhirnya dipaksa berkahwin oleh ibu bapa mereka dan masalah tersebut tidak berlaku lagi. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya