Lelaki daki Gunung Everest 26 kali

Lelaki daki Gunung Everest 26 kali

KAMI RITA SHERPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang sherpa atau malim gunung berjaya menawan Gunung Everest buat kali ke-26, sekali gus memecahkan rekod peribadinya yang dilakukan pada tahun lalu.

Kami Rita Sherpa, 52, mendaki gunung setinggi 8,848.86 meter itu kelmarin bersama 10 lagi sherpa.

“Kami Rita berjaya pecahkan rekod sendiri dan kini memegang rekod dunia,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Kathmandu, Taranath Adhikari.

Laluan pendakian yang digunakan Kami Rita ditemukan oleh pendaki New Zealand, Edmund Hillary dan sherpa Tenzing Norgay pada 1953.

Laluan itu terus menjadi pilihan kebanyakan pendaki untuk tiba ke puncak Everest sehingga hari ini.

Pada tahun ini, Nepal mengeluarkan sebanyak 316 permit pendakian Everest yang kemuncaknya pada bulan Mei, berbanding 408 pada tahun lalu.

Nepal sebelum ini dikritik pelbagai pihak selepas membenarkan terlalu banyak pendakian sehingga menyebabkan sejumlah pendaki terkorban di kawasan Everest pada 2019.

Gunung tertinggi di dunia itu sudah didaki sebanyak 10,657 kali sejak ia diukur secara rasmi dari sudut Nepal dan Tibet pada 1953.

Sehingga kini, sebanyak 311 pendaki terkorban ketika mendaki gunung tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN