Lebuh raya utama Indonesia sesak hujung minggu - Utusan Malaysia

Lebuh raya utama Indonesia sesak hujung minggu

SEJUMLAH kenderaan mula memenuhi kawasan rehat KM164, Majalengka, Jawa Barat. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menjangkakan waktu puncak perjalanan pulang warga kota selepas bercuti di kampung halaman sempena Aidilfitri, bermula hari ini sehingga 8 Mei.

Memetik laporan Tribunnews, Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi berkata, dua jalan raya utama dijangka mengalami kesesakan ketika perjalanan pulang sepanjang dua hari berkenaan. 

Katanya, ia membabitkan tol Semarang-Jakarta dan Persimpangan Bakauheni-Merak.

“Ini bagi membolehkan perjalanan pulang lebih lancar dan pengguna juga tidak perlu memaksa diri untuk menggunakan kawasan rehat jalan raya sekiranya penuh.

“Kami ingin menasihati para pemandu agar jangan berhenti di bahu jalan kerana boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Menurut Budi, pengguna boleh berehat di tempat-tempat yang disediakan sekiranya berasa penat.

“Cara itu lebih selamat dan fleksibel,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan tempatan, polis dan pihak berkaitan juga telah menyediakan beberapa kawasan rehat sementara di jalan raya utama.

Budi turut menyarankan pengguna mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui medium media sosial rasmi syarikat tol dan polis agar dapat menyusun jadual perjalanan pulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya