Lapan maut dalam kebakaran rumah di Filipina - Utusan Malaysia

Lapan maut dalam kebakaran rumah di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Lapan orang termasuk enam kanak-kanak maut dalam kebakaran yang memusnahkan puluhan rumah berhampiran ibu negara Filipina.

Memetik laporan BBC, menurut pihak berkuasa, kebakaran yang berlaku kira-kira 5 pagi (waktu tempatan) memusnahkan 80 rumah.

Kebakaran bermula di tingkat dua sebuah rumah di kawasan penempatan yang sesak di kampus Universiti Filipina di bandar Quezon.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Pegawai bomba kanan, Greg Bichayda berkata, pasukannya mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Api merebak dengan cepat sehingga mangsa tidak dapat keluar dari rumah mereka,” katanya.

Bichayda berkata, enam daripada mangsa yang maut merupakan kanak-kanak namun butiran lanjut mengenai usia mereka tidak didedahkan.

“Rumah tersebut terdiri daripada bahan-bahan ringan, jadi apabila kebakaran berlaku, orang ramai terkejut.

“Balai kami hanya berdekatan namun mereka tidak dapat menghubungi kami dengan segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN