Lap air kencing guna baju cucu, nenek ditumbuk, dipukul guna gayung - Utusan Malaysia

Lap air kencing guna baju cucu, nenek ditumbuk, dipukul guna gayung

SUSPEK kini ditahan selepas mencederakan neneknya menggunakan gayung mandi dalam kejadian di Kalimantan Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN: Gara-gara menggunakan baju cucunya untuk mengelap air kencingnya, seorang nenek yang sudah nyanyuk cedera ditumbuk dan dipukul menggunakan gayung mandi oleh suspek.

Mangsa dikenali sebagai Misah, 66, tahun berasal dari Muara Jawa, daerah Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.

Menurut jurucakap polis, Arwin Amrih Wientama berkata, cucu mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes penganiayaan itu dilaporkan oleh seorang daripada anak mangsa dan polis terus melakukan penahanan.

“Mangsa mengalami lebam teruk pada mata kiri dan tangan kanan akibat ditumbuk suspek.

“Polis dimaklumkan bahawa mangsa sudah dua kali dipukul suspek dengan kes pertama berlaku pada 12 Mei lalu dan insiden kedua pada 18 Mei lepas.

“Hasil soal siasat, suspek menceritakan dia menumbuk mata dan memukul badan neneknya menggunakan gayung sebanyak tiga kali sehingga warga emas itu tidak mampu untuk bangun,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Jelas Arwin, suspek tidak dapat menahan marah selepas mengetahui bajunya digunakan oleh wanita warga emas itu untuk mengelap air kencingnya.

Mangsa yang nyanyuk kadang kala tidak menyedari perbuatannya, termasuk membuang air.

Suspek pada mulanya enggan mengakui perbuatannya sehingga bapa saudaranya terpaksa membuat laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya