Krisis belum selesai, Sri Lanka naikkan lagi harga bahan api

Krisis belum selesai, Sri Lanka naikkan lagi harga bahan api

sri lanka
PENUNGGANG motosikal dan pemandu kenderaan berbaris panjang untuk mengisi bahan api di stesen minyak di Colombo, Sri Lanka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga bahan api berkuat kuasa Selasa, lapor Bernama yang memetik laporan Xinhua.

Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera, berkata ketetapan itu diputuskan mesyuarat Kabinet pada Isnin malam.

Dengan kenaikan itu, harga seliter petrol 92 meningkat sebanyak 82 rupee (RM1) kepada 420 rupee (RM5.12), manakala satu liter petrol 95 pula naik sebanyak 77 rupee (RM0.94) kepada 450 rupee (RM5.48).

Sementara itu, harga satu liter diesel meningkat 111 rupee (RM1.35) kepada 400 rupee (RM4.87), dan satu liter diesel super meningkat sebanyak 116 rupee (RM1.61) kepada 445 rupee (RM5.42).

Sebuah lagi syarikat pengedar bahan api, Lanka IOC turut mengumumkan kenaikan harga selari dengan langkah yang diambil CPC.

Sri Lanka bergelut dengan krisis pertukaran asing menyebabkan kekurangan bahan api sejak beberapa bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN