KATHMANDU: Seorang pemuda berusia 18 tahun dari Nepal dinobatkan sebagai remaja paling pendek di dunia.
Lapor Daily Mail, Dor Bahadur Khapangi hanya memiliki ketinggian 2 kaki 5 inci atau sekitar 73.43 sentimeter.
Khapangi dibawa oleh seorang saudaranya untuk menerima pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness di Kathmandu, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Board, Dhananjay Regmi menyerahkan sijil pengiktirafan rekod dunia itu kepada Khapangi dalam satu majlis dianjurkan oleh badan penilaian tersebut.
Sijil rasmi itu menamakan Khapangi sebagai `remaja lelaki paling pendek dunia yang masih hidup’ pada 23 Mac lalu.
Khapangi dilahirkan pada tahun 2004 dan ketinggiannya diukur pada Mac lalu.
Pemegang rekod untuk wanita paling pendek di dunia adalah Jyoti Amge dari India.
Pada 2009, Jyoti dinobatkan sebagai remaja wanita paling pendek masih hidup pada hanya ketinggian sebanyak 61.95cm.
Sebelum ini, Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang mempunyai ketinggian 67.08cm, merekodkan nama dalam Rekod Dunia Guiness sebagai lelaki paling pendek di dunia sehingga kematiannya pada 2020.










