Kes Covid-19 bertambah: Riyadh larang rakyat kunjungi 16 negara - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 bertambah: Riyadh larang rakyat kunjungi 16 negara

RAKYAT Arab Saudi tidak dibenarkan mengunjungi 16 negara berisiko susulan peningkatan kes Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Susulan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 di beberapa negara sejak kebelakangan ini menyebabkan kerajaan Riyadh melarang rakyatnya mengunjungi 16 negara berisiko.

Lapor Saudi Gazette, negara itu merangkumi Lubnan, Turki, Syria, Iran, Afghanistan, India, Yemen, Somalia, Ethiopia, Republik Demokratik Congo, Libya, Indonesia, Vietnam, Armenia, Belarus dan Venezuela.

Menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi (Jawazat) menerusi Twitter, tempoh sah pasport rakyat negara ini yang berhasrat melancong ke negara bukan Arab mestilah melebihi enam bulan.

Bagi perjalanan ke negara arab, tempoh sah pasport mereka perlu melebihi tiga bulan.

Selain itu, bagi warganegara yang mengunjungi negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), tempoh sah kad pengenalan mereka mestilah melebihi tiga bulan.

Kad pengenalan asal dan daftar keluarga mesti dikemukakan untuk perjalanan sebagai syarat tambahan kepada dokumen bukti tanggungan dalam negara yang pemegangnya tidak dapat melakukan perjalanan ke negara Teluk.

Jawazat turut menekankan keperluan menerima tiga dos vaksin Covid-19 atau tidak melepasi tiga bulan selepas mengambil dos kedua vaksin berkenaan.

Kementerian Kesihatan Arab saudi pada Sabtu lalu mengumumkan negara ini merekodkan sebanyak 414 kes baharu Covid-19 dengan angka mingguan meningkat lima kali ganda berbanding Mac dan April lalu.

Dianggarkan sebanyak 81 kes adalah kritikal dengan kematian turut direkodkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya