Jangkitan hepatitis akut di Indonesia semakin meruncing

Jangkitan hepatitis akut di Indonesia semakin meruncing

JANGKITAN hepatitis akut menyasarkan golongan bayi sehingga remaja. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selepas penularan Covid-19, pihak berkuasa kesihatan Indonesia kini bimbang dengan jangkitan hepatitis akut yang menyasarkan golongan kanak-kanak.

Sehubungan itu, sejumlah ketua daerah membentuk pasukan khas untuk membendung penularan virus tersebut yang sehingga kini sudah meragut nyawa lima kanak-kanak di seluruh negara.

Lapor CNN Indonesia, pasukan khas itu dibentuk oleh Gabenor Jawa barat, Ridwan Kamil dan terdiri daripada petugas kesihatan yang sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang situasi berhubung wabak tersebut.

“Di Jawa Barat, pasukan khas sudah dibentuk dengan kerjasama Hospital Hasan Sadikin.

“Kemudahan makmal juga disediakan untuk meneliti dan memeriksa jenis hepatitis akut yang melanda,” katanya.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Indonesia, wabak tersebut menyerang golongan bayi sehingga remaja berusia bawah 16 tahun dengan setakat ini sebanyak 15 kes direkodkan.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan Jawa Barat turut menyediakan ruangan rawatan untuk keperluan pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Sumatera Utara, Edy Rahmayadi menzahirkan kebimbangann mengenai penularan yang berlaku.

Sehubungan itu, beliau juga membentuk satu pasukan khas bagi menangani situasi tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Edy menasihatkan masyarakat supaya terus memakai pelitup muka dan mengamalkan kehidupan sihat serta bersih.

“Cara paling mudah untuk menghindari penyakit ini adalah dengan pakai pelitup muka,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa negara di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK) turut merekodkan jangkitan hepatitis akut yang sehingga kini tidak diketahui puncanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN