Israel buka semula laluan ke Semenanjung Gaza - Utusan Malaysia

Israel buka semula laluan ke Semenanjung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel membuka semula satu-satunya laluannya yang menghubungkan Semenanjung Gaza kepada pekerja Palestin.

Menurut Kementerian Pertahanan, laluan itu dibuka selepas hampir dua minggu ditutup akibat pergolakan.

“Selepas melakukan penilaian keadaan keselamatan, kami memutuskan untuk membuka Lintasan Erez bagi membolehkan pekerja dan pemegang permit dari Semenanjung Gaza ke Israel, mulai hari ini,” jelas kata COGAT.

COGAT merupakan unit dibawah kementerian pertahanan Israel yang bertanggungjawab untuk hal ehwal awam Palestin.

Laluan itu digunakan oleh kira-kira 12,000 penduduk Palestin yang mempunyai permit untuk bekerja di Israel.

Israel menutup laluan itu pada 3 Mei lalu menjelang hari peringatan Israel di tengah-tengah keganasan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat walaupun tiada kekecohan di bahagian depan Gaza.

Israel dan Hamas bertempur sejak 15 tahun lalu dengan yang terbaharu pada Mei tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN