Gempa bumi 6.3 magnitud landa pantai Taiwan - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.3 magnitud landa pantai Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Satu gempa bumi berukuran 6.3 skala Ritcher melanda pantai Taiwan, hari ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu turut menggegarkan bangunan di Taipei.

Berdasarkan laporan USGC, gempa luar pesisir itu melanda sebelum 2.30 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 27 kilometer (km), kira-kira 70 km barat daya Yonakuni, sebuah pulau Jepun berhampiran Taiwan.

Biro Cuaca Pusat Taiwan memaklumkan gegaran itu turut dirasai di seluruh pulau itu walaupun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan.

“Semoga semua orang selamat, mungkin ada gempa susulan, oleh itu semua penduduk diminta berhati-hati,” kata Datuk Bandar New Taipei, Hou You-yi di Facebook.

Agensi Meteorologi Jepun menganggarkan gegaran pada magnitud 6.6.

Menurut agensi itu, keadaan itu mungkin menyebabkan paras laut yang tidak menentu namun tidak mengeluarkan amaran tsunami. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya