Dua maut pesawat ringan terhempas di Brazil

Dua maut pesawat ringan terhempas di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Boituva, Brazil yang menyebabkan dua maut dan 14 yang lain cedera.

Lapor Xinhua, pesawat itu terhempas selepas berlepas dari Pusat Payung Terjun Nasional di Boituva.

Pejabat Datuk Bandar Boituva dalam kenyataan memaklumkan pesawat itu adalah milik syarikat pelancongan Skydive4Fun dan membawa seorang juruterbang serta 15 penerjun.

Datuk Bandar itu, Edson Marcusso berkata, ia adalah hari yang sangat menyedihkan kerana merupakan nahas pertama di pusat itu dalam sejarah 50 tahun aktiviti payung terjun Boituva.

Sementara itu, Tentera Udara Brazil memaklumkan pakar sedang menjalankan siasatan di lokasi nahas.

Mangsa yang mengalami kecederaan pula dihantar ke hospital berdekatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN