Doktor palsu implan batang lolipop bawah lengan wanita - Utusan Malaysia

Doktor palsu implan batang lolipop bawah lengan wanita

JOSE Daniel Lopez memperdaya wanita dengan mengimplan batang plastik lolipop di bawah kulit lengan mereka sebagai alat kontraseptif. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Seorang lelaki di Venezuela ditahan polis selepas didakwa mengimplan batang plastik lolipop di bawah kulit lengan puluhan wanita.

Jose Daniel Lopez, 38, didakwa memperdaya wanita dengan batang plastik gula-gula itu kononnya merupakan alat kontraseptif yang canggih.

Lapor Oddity Central, Lopez dituduh menipu sekurang-kurangnya 25 wanita untuk membuat bayaran kepadanya bagi mengimplan batang lolipop di bawah kulit sebagai alat kontraseptif, sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka hamil.

Lopez yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan, mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay, Venezuela selepas bertindak memalsukan ijazah perubatannya.               

“Dia melakukan implan subdermal sendiri dengan mendakwanya adalah `implanon’,” jelas laporan itu.

Menurut Mayo Clinic, prosedur implanon sebenar merujuk kepada implan kontraseptif yang melepaskan dos hormon progestasional yang rendah untuk memekatkan lendir serviks dan menipiskan lapisan rahim serta mengganggu kitaran ovulasi.

“Implan ini berbentuk seperti batang plastik kecil yang dimasukkan di bawah lengan tetapi dalam kes Lopez ia hanyalah batang lolipop yang tidak memberi sebarang impak,” jelas laporan itu. 

Penipuan Lopez terbongkar selepas seorang doktor bernama Rafael Chirinos memberi amaran mengenai prosedur palsu itu dalam media sosial.  

Chirinos mendakwa pernah melihat mesej mengenai prosedur itu di aplikasi WhatsApp daripada wanita hamil.

“Saya melihat banyak status di WhatsApp daripada doktor, pakar sakit puan yang mempromosi pembedahan untuk melaksanakan kaedah kontraseptif menggunakan Implanon.

“Ia ternyata satu penipuan kerana apa yang diimplan adalah batang lolipop intradermal,” katanya.

Kes penipuan Lopez menjadi tular dan dia akhirnya ditahan di kawasan El Castano, Aragua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya