Data dikumpul China cadang wujud air di permukaan Marikh - Utusan Malaysia

Data dikumpul China cadang wujud air di permukaan Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Penemuan mineral terhidrat oleh kenderaan peneroka angkasa lepas China di Marikh menunjukkan bahawa terdapat air di permukaan planet itu, lebih lama daripada apa yang difikirkan sebelum ini.

Menurut analisis data yang dihantar pulang oleh robot peneroka di Marikh, Zhurong, tanda-tanda air dikesan dalam sampel mineral adalah berusia dari 700 juta tahun yang lalu.

Marikh dipercayai mempunyai air sehingga tiga bilion tahun lalu, ketika tempoh Hesperian Epoch.

Bagaimanapun, pada tempoh Amazonian sekarang, tidak terdapat sebarang air di permukaan.

Menurut saintis China, sampel mineral tanah yang dikumpul oleh Zhurong mempunyai lapisan keras yang terbentuk melalui kenaikan air tanah atau cairan ais yang tersejat.

Hampir semua air di Marikh terkunci dalam penutup ais kutubnya, dengan kesan yang sangat kecil dalam atmosfera nipis planet itu.

Mengesan air bawah permukaan adalah kunci untuk menentukan potensi planet untuk kehidupan, serta menyediakan sumber kekal untuk sebarang penerokaan manusia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN