Covid-19: Beijing tutup stesen kereta api, laluan bas - Utusan Malaysia

Covid-19: Beijing tutup stesen kereta api, laluan bas

STESEN kereta api bawah tanah di Beijing ditutup untuk mengekang penularan Covid-19. - CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menutup puluhan stesen kereta api dan laluan bas di Beijing hari ini, dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Langkah itu diambil bagi mengelak mengalami nasib sama seperti di Shanghai yang dikenakan perintah berkurung ketat sejak lebih sebulan lalu.

Bukti baharu menunjukkan usaha China dalam membendung koronavirus menjejaskan pertumbuhan dan syarikat antarabangsa yang melabur di negara itu.

Menurut penyedia perkhidmatan, Beijing menutup lebih 40 stesen kereta api bawah tanah dan 158 laluan bas.

Kebanyakan stesen dan laluan ditutup adalah di daerah Chaoyang, yang merupakan pusat wabak di Beijing.

Dengan puluhan kes baharu Covid-19 dilaporkan sehari, Beijing cuba mengelak perintah berkurung sepenuhnya, sebagaimana dilakukan oleh Shanghai pada mulanya.

Sebaliknya, Beijing berharap agar ujian saringan yang dilaksanakan secara besar-besaran akan mengesan dan menyekat jangkitan virus itu daripada terus menular.

Sementara itu, bandar itu juga bertindak menutup sekolah, beberapa perniagaan dan bangunan kediaman di kawasan berisiko tinggi.

Semalam, sebuah bandar lain di China mengenakan arahan kerja dari rumah dan sekatan Covid-19 lain pada minggu akan datang.

Bandar Zhengzhou yang mempunyai kira-kira 12.6 juta penduduk, menyertai puluhan bandar besar lain dalam melaksanakan perintah berkurung separa atau sepenuhnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya