China jadi ancaman besar buat EU

China jadi ancaman besar buat Kesatuan Eropah

KAPAL China memasuki pelabuhan Gdynia, Poland, yang menandakan lawatan pertama ke negara anggota EU.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) akan memperkukuhkan strategi pertahanan di rantau Indo-Pasifik susulan kebimbangan kehadiran China yang semakin meningkat.

Kebimbangan itu juga timbul akibat pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, lapor The Guardian.  

Utusan Khas EU ke Indo-Pasifik, Gabriele Visentin berkata, langkah itu adalah cara meningkatkan kapasiti dan kredibiliti dari aspek mempertahankan kepentingan.

Walaupun tiada bukti menunjukkan perang akan berlaku di rantau ini meliputi kawasan dari pantai timur Afrika hingga negara pulau Pasifik, jelasnya, EU bimbang ‘perintah berasaskan peraturan pelbagai hala tidak akan dihormati sepenuhnya’.  

“Moto kami adalah sentiasa bekerjasama dan mempertahankan apabila diperlukan.

“Ia adalah isyarat kepada pihak lain yang mungkin mahu melanggar perintah pelbagai hala dengan cara ganas, maka mereka juga perlu tahu apa yang akan dihadapi ,” katanya.

Menurut Visentin, China dilihat sebagai ancaman terbesar di rantau tersebut. 

Katanya, negara itu dilihat sebagai ‘rakan kongsi dan pesaing’ kepada EU. 

Jelas beliau, pelan keselamatan yang lebih intensif tidak akan melibatkan penubuhan pangkalan tentera mahupun penempatan tentera melainkan ketika berlakunya krisis. 

“Kita akan menjalankan latihan ketenteraan dan latihan secara langsung di darat dan laut dengan meningkatkan perisikan serta meminta kapal EU melalui zon dengan kepentingan maritim,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN