Cacar monyet: China bangunkan kit ujian, vaksin

Cacar monyet: China bangunkan kit ujian, vaksin

cacar monyet
BEBERAPA makmal di China sudah mula menghasilkan kit ujian asid nukleik untuk mengesan virus jangkitan cacar monyet. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Beberapa syarikat China bersedia membangunkan peralatan kit ujian dan vaksin untuk menangani jangkitan cacar monyet selepas meraih keuntungan besar daripada pandemik Covid-19.

Memetik laporan Daily Mail, beberapa makmal sudah mula menghasilkan kit ujian asid nukleik untuk mengesan virus yang kini menular di hampir seluruh dunia dengan lebih 200 kes yang disahkan.

Setakat ini, China belum merekodkan sebarang kes jangkitan penyakit itu.

Pakar di negara itu percaya vaksin bagi jangkitan cacar monyet boleh dibangunkan dalam tempoh setahun.

Menurut laporan Global Times, beberapa pengeluar peralatan perubatan di China sudah membangunkan kit ujian asid nukleik bagi jangkitan cacar monyet.

“Kit ujian itu boleh dikeluarkan secara besar-besaran dan di pasaran domestik selepas mendapat kelulusan kerajaan,” jelas laporan itu.

Sementara itu, pakar memaklumkan pihaknya tidak menghadapi masalah teknologi dalam membangunkan vaksin untuk jangkitan cacar monyet.

Malah, katanya, satu semakan khas dilakukan oleh pentadbiran ubat-ubatan China boleh membantu negara membangunkan vaksin tersebut dalam masa kira-kira setahun.

Syarikat farmaseutikal Sinovac menyaksikan jualan meningkat pada separuh pertama 2021, lebih 160 kali ganda berbanding tahun sebelumnya berikutan pengeluaran vaksin Covid-19.

Firma itu meraih jualan sebanyak 9 bilion pound (RM49.8 bilion) dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu, meningkat daripada 50 juta pound (RM276.9 juta) tahun sebelumnya.

Ia sekali gus menunjukkan keuntungan besar diperoleh syarikat itu akibat pandemik Covid-19.

Setakat ini, teori konspirasi tular dalam media sosial China kononnya Amerika Syarikat (AS) secara sengaja menyebarkan jangkitan cacar monyet selepas Beijing dituduh membocorkan dan menutup kes
Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN