Bekas pesakit Covid-19 berisiko bentuk darah beku di paru-paru - Utusan Malaysia

Bekas pesakit Covid-19 berisiko bentuk darah beku di paru-paru

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Stadium Gillette di Foxborough, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu kajian terbaharu mendapati bekas pesakit Covid-19 berdepan dua kali ganda risiko pembentukan darah beku berbahaya di paru-paru, berbanding mereka yang tidak dijangkiti, selain berdepan masalah pernafasan yang teruk

Hasil kajian yang dilakukan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) yang merangkumi masalah kesihatan boleh dikaitkan dengan Covid-19 itu konsisten dengan penyelidikan lain.

Kajian membuktikan satu daripada lima dewasa berusia 18 hingga 64 tahun dan satu daripada empat individu berusia lebih 65 tahun menghadapi risiko tersebut.

Risiko pembentukan embolisme pulmonari akut, iaitu pembekuan darah dalam arteri paru-paru, meningkat dua kali ganda dalam kalangan dewasa lebih muda dan tua melebihi 65 tahun.

Selain itu, mereka juga boleh menghidapi gejala pernafasan, batuk kronik atau sesak nafas.

Embolisme pulmonari biasanya bergerak ke paru-paru dari urat dalam di kaki dan boleh menyebabkan masalah serius, termasuk kerosakan paru-paru, tahap oksigen rendah serta kematian.

Ia berdasarkan lebih 350,000 rekod pesakit COVID-19 dari Mac 2020 hingga November lalu, dipadankan dengan 1.6 juta orang dalam kumpulan ‘kawalan’ yang sudah menerima rawatan perubatan pada bulan sama dengan ‘kes’ sepadan namun tidak dijangkiti COVID-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN