MOSCOW: Tentera Russia memusnahkan sejumlah besar bekalan senjata Barat di Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu jarak jauh.
Menurut Kementerian Pertahanan Russia, senjata itu sepatutnya dibekalkan kepada tentera Ukraine yang berada di wilayah timur Donbas.
“Peluru berpandu jarak jauh berketepatan tinggi memusnahkan sejumlah besar senjata dan peralatan ketenteraan berhampiran stesen kereta api Malin di wilayah Zhytomyr.
“Bekalan itu dihantar oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Barat,” jelas kementerian itu menerusi kenyataan.
Negara-negara Barat sering membekalkan senjata termasuk artileri, peluru berpandu anti pesawat, senjata anti-kereta kebal dan bahan letupan.
Namun, Ukraine masih mendesak sekutu Barat untuk memberikan bantuan senjata. – AFP