Asteroid besar dua kali ganda Burj Khalifa lintas bumi Jumaat ini

Asteroid besar dua kali ganda Burj Khalifa lintas bumi Jumaat ini

asteroid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah asteroid sebesar hampir dua kali ganda saiz bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa dijangka melintasi bumi pada minggu ini.

Lapor Daily Mail, asteroid diberi nama 7335 (1989 JA) yang mempunyai diameter sepanjang 1.8 kilometer (km), dijangka melintasi bumi pada Jumaat ini.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengklasifikasikan asteroid itu sebagai `berpotensi berbahaya’ namun ia tidak mungkin menimbulkan ancaman kepada bumi.

Ia dijangka melintasi bumi pada jarak kira-kira empat juta kilometer, iaitu hampir 10 kali ganda purata jarak antara bumi dan bulan.

Sementara itu, menurut Pusat Kajian Objek Dekat Bumi NASA (CNEOS), asteroid itu akan berada paling hampir dengan bumi pada pukul 14:26 waktu UTC, Jumaat ini.

Ketika itu, ia akan berada pada jarak 0.026 unit astronomi dari bumi dan bergerak pada kelajuan mengejutkan iaitu kira-kira 47,231 kilometer sejam (km/j).  

“Ia adalah kira-kira 14.5 kali lebih pantas berbanding kelajuan peluru.

“Dengan diameter kira-kira 1.8 km, asteroid 7335 (1989 JA) akan menjadi batu angkasa paling besar melepasi bumi pada tahun ini,” jelas NASA.

NASA mengesan kira-kira 30 objek dekat bumi (NEO) baharu setiap minggu.

Malah, NASA sudah mengesan lebih 19,000 objek dekat bumi  sejak awal tahun 2019.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN