Anak cari ibu tercicir semasa pergi tandas

Anak cari ibu tercicir semasa pergi tandas

MANGSA tercicir berhampiran jalan menuju ke pintu gerbang tol di Pelabuhan Merak.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTEN: Sebuah keluarga mencari seorang wanita yang berasal dari Kampung Kadu, Tangerang, Banten selepas mangsa tertinggal di Tol Tangerang-Merak Km 91, kelmarin. 

Lapor Kompas.com, Umam berkata, ibu mentuanya, Dewi Hariana keluar dari kereta kerana hendak pergi ke tandas yang terdapat di tepi jalan tol arah Pelabuhan Merak. 

Ketika itu, katanya, mereka sekeluarga hendak pulang ke kampung dari Tangerang ke Palembang dan keadaan jalan masih sesak. 

“Namun, selepas itu aliran trafik mula lancar dan kenderaan kami terpaksa bergerak. 

“Pemandu cuba memperlahankan kelajuan supaya tidak jauh dari tandas. 

“Namun, kenderaan di belakang terus membunyikan hon. Bapa saudara saya pun berusaha mencari, tetapi selepas lima kali berulang alik tetap tak junpa,” katanya.  

Umam berkata, ibu mentuanya tidak dapat dihubungi kerana dia tidak membawa telefon bimbit dan wang ketika turun dari kereta.

Dia meminta orang ramai yang terjumpa wanita itu agar dapat menghubungi mereka sekeluarga. 

“Kali terakhir, ibu saya pakai tudung biru, baju hitam dan berseluar jeans,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN