Akaun Facebook Tangmo aktif tiba-tiba

Akaun Facebook Tangmo aktif tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida kembali menjadi perhatian ramai selepas satu hantaran dalam akaun Facebook milik mendiang seolah-olah mendedahkan kejadian sebenar kematiannya.

Sehingga kini, timbul persoalan gerangan siapakah yang memuat naik hantaran itu sehingga ada yang mendakwa ia dibuat oleh ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothi.

Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan oleh peguam wanita itu yang memberitahu Panida sama sekali tidak menggunakan akaun Facebook miliknya.

“Saya dicederakan oleh sahabat yang saya sayang dan percaya.

“Saya masih menunggu kebenaran dari mulut lima orang, jika mereka tidak bercakap benar saya akan mendedahkan semua kejadian di atas bot.

“Jangan ingat data panggilan yang dibuang tidak boleh dikembalikan,” tulis akaun Facebook itu.

Tangmo Nida atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong maut selepas terjatuh dari bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya di Sungai Chao Phraya.

Mangsa ditemukan terapung tidak jauh dari Jeti Pibul Songkram 1, dua hari selepas dia terjatuh dari bot laju.

Sejak insiden kematian itu, seramai 29 saksi dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Kematian Tangmo mencetuskan spekulasi apabila video terakhir yang dirakam pengurusnya menjadi petunjuk baharu bagi merungkai kematian aktres Thailand itu.

Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok itu menunjukkan Tangmo sedang memegang gelas minuman sambil menyanyikan lagu dan mengusap rambutnya.

Plot kematian wanita itu terus menimbulkan pelbagai persoalan selepas pengurusnya mengaku memberikan kenyataan palsu mengenai apa yang berlaku di atas bot pada malam pelakon itu lemas, awal April lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya