60 dikhuatiri maut sekolah dibedil di timur Ukraine - Utusan Malaysia

60 dikhuatiri maut sekolah dibedil di timur Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUGANSK: Sekurang-kurangnya 60 orang yang berlindung di sebuah sekolah di timur Ukraine dikhuatiri terkorban selepas terkena serangan udara.

Gabenor Lugansk, Sergii Gaidai berkata, sekolah itu terletak di perkampungan Bilogorivka dan menjadi sasaran serangan udara.

“Bom yang dilancarkan dari udara mengenai sekolah itu, menyebabkan struktur hancur.

“Terdapat 90 orang di dalam sekolah itu dengan 27 daripadanya dilaporkan selamat.

“Dianggarkan 60 orang lagi mungkinn terkorban dalam insiden itu,” katanya menerusi Telegram.

Namun, Gaidai tidak menyatakan sama ada serangan udara itu dilancarkan oleh tehtera Ukraine mahupun Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN