25 kali gagal peperiksaan kemasukan universiti - Utusan Malaysia

25 kali gagal peperiksaan kemasukan universiti

LIANG Shi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki berusia 55 tahun di China kekal gigih, bersemangat dan tidak berputus asa dengan impiannya untuk melanjutkan pengajian ke universiti meskipun gagal dalam Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan (NCEE) atau gaokao sebanyak 25 kali secara berturut-turut.

Lapor Oddity Central, Liang Shi merupakan seorang ahli perniagaan berjaya, yang memiliki syarikat bahan binaan sendiri di Chengdu, wilayah Sichuan di barat daya China.

Liang Shi memiliki kekayaan mencukupi untuk melakukan apa sahaja diingininya namun dia mengakui merasakan seolah-olah tiada kepuasan dalam kehidupannya.

Hal ini demikian kerana Liang Shi bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Sichuan sejak remaja lagi dan masih belum mencapai matlamat tersebut.

“Pada usia ketika kebanyakan orang mula fikir mengenai persaraan, Liang Shi pula lebih fokus untuk belajar bersungguh-sungguh bagi peperiksaan kemasukan universiti gaokao tahun ini.

“Ia merupakan cubaan yang ke-26 dan semoga kali ini Liang Shi dapat melepasinya dengan memperoleh markah baik,” jelas laporan itu.      

Liang Shi mengambil peperiksaan kemasukan universiti itu sejak 1983 dan hanya terlepas sebanyak 14 kali disebabkan  kerja atau urusan lain.

Antara markah terbaik pernah dicatatkan adalah 400 daripada jumlah 750 markah, yang membolehkannya memasuki institusi pendidikan lain dan bukannya universiti impiannya, Universiti Sichuan.

“Selepas gagal pada bahagian pemahaman sains dalam peperiksaan gaokao sebanyak 25 kali, Liang Shi kini beralih kepada aliran seni dan sains manusia pada tahun ini dengan harapan dapat memasuki universiti idamannya,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya