100 penduduk masih terperangkap di kilang Azovstal - Utusan Malaysia

100 penduduk masih terperangkap di kilang Azovstal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya 100 orang awam masih terperangkap di dalam sebuah kilang keluli di Mariupol yang diserang secara besar-besaran oleh tentera Russia.

Memetik laporan Al Jazeera, perkara itu disahkan oleh seorang pembantu kepada datuk bandar Mariupol, Petro Andryushchenko.

“Selain tentera, sekurang-kurangnya 100 orang awam masih berlindung di tempat itu (Azovstal).

“Bagaimanapun, ini tidak mengurangkan serangan dilakukan oleh tentera Russia,” kata Andryushchenko.

Dalam pada itu, Ketua Pentadbiran wilayah Kharkiv, Oleh Synehubov berkata, pihak berkuasa menemukan 44 mayat penduduk di bawah runtuhan bangunan di Izyum.

Bangunan lima tingkat itu musnah dalam satu serangan oleh tentera Russia pada Mac lalu.

“Ini merupakan satu lagi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Russia terhadap penduduk awam,” katanya menerusi Telegram.

Synehubov bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut termasuk lokasi bangunan di bandar tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN