Wanita dijangkiti Covid-19 lagi, selepas 20 hari sembuh

Wanita dijangkiti Covid-19 lagi, selepas 20 hari sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Saintis mendedahkan orang ramai boleh dijangkiti semula Covid-19 dalam tempoh tiga minggu sahaja, selepas pulih daripada jangkitan pertama.

Ini berikutan selepas seorang wanita berusia 31 tahun dari pusat penjagaan kesihatan Sepanyol dijangkiti varian Delta dan Omicron dalam tempoh 20 hari.

Penyelidik percaya kes tersebut merupakan jangkitan paling singkat sejak permulaan pandemik Covid-19.

Kes wanita itu dibincangkan semasa seminar perubatan dijalankan.

Difahamkan, wanita itu sudah menerima dos penggalak 12 hari sebelum disahkan positif Covid-19 Disember tahun lalu.

Ujian makmal menunjukkan serangan pertama virus tidak menyebabkan sebarang gejala dan disahkan sebagai varian Delta.

Doktor di Catalonia yang merawat pesakit itu menjelaskan suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya menunjukkan seseorang tidak semestinya mendapat perlindungan terhadap risiko jangkitan semula.

Dr. Gemma Recio dari Institut Catala de la Salut berkata, kes tersebut menunjukkan risiko Omicron mengelakkan imuniti sebelumnya yang diperoleh sama ada daripada jangkitan semula jadi dengan varian lain atau daripada vaksin.

“Dalam kata lain, individu yang pernah dijangkiti Covid-19 tidak boleh menganggap mereka terlindung daripada risiko jangkitan semula, walaupun sudah menerima vaksin lengkap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN