Ukraine gesa rakyat larikan diri sebelum Rusia lancar serangan baharu - Utusan Malaysia

Ukraine gesa rakyat larikan diri sebelum Rusia lancar serangan baharu

PENDUDUK menyeberang sebuah jambatan yang musnah akibat serangan ketika meninggalkan bandar Irpin, barat laut Kyiv di Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine menggesa rakyatnya di bahagian timur negara ini supaya melarikan diri sebelum Rusia melancarkan serangan terbaharu.

Tentera Rusia ketika ini didakwa mengatur strategi baharu di Kharkiv, Luhanks dan Donetsk.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk menggesa supaya orang ramai meninggalkan kediaman mereka dan mendapatkan perlindungan di kawasan selamat di bahagian barat negara ini.

“Anda perlu menyelamatkan diri sekarang dan jika tidak, anda berisiko terkorban apabila Rusia melancarkan serangan baharu,” katanya.

Ketenteraan Ukraine mendakwa Rusia membuat persiapan skala besar untuk menguasai Donetsk dan Luhansk.

Dalam perkambangan berkaitan, Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terbaharu kepada Rusia termasuk penalti yang menyasarkan anak perempuan Presiden Vladimir Putin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN