Ukraine dakwa Rusia siap sedia lancar serangan baharu - Utusan Malaysia

Ukraine dakwa Rusia siap sedia lancar serangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Rusia didakwa sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan baharu di timur Ukraine dalam usaha menawan bandar Kharkiv dan mengepung pasukan barisan hadapan di negara tersebut.

Dakwaan itu dibuat oleh Kementerian Pertahanan Ukraine ketika pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran Rusia sedang menggandakan serangannya di selatan dan timur negara itu.

Lapor Al Jazeera, jurucakap kementerian pertahanan, Oleksandr Motuzyanyk mendakwa Rusia sedang mencari jalan untuk menyerang ibu kota wilayah Severodonetsk menerusi serangan ke atas bandar Rubizhne and Popasna di wilayah Luhansk.

Motuzyanyk turut mendakwa pihak berkuasa Rusia sedang mengerahkan anggota tenteranya untuk menawan bandar pelabuhan Mariupol yang dikepung oleh pasukan tentera Moscow selama lebih empat minggu.

Severodonetsk dan Mariupol terletak di hujung utara dan selatan dari `garisan hubungan’ Ukraine.

Dalam satu taklimat, Motuzyanyk juga berkata, tentera Rusia akan meninggalkan Belarus untuk ke Rusia.

Katanya, Moscow sedang mempersiapkan bekalan bahan api dan peluru di kawasan bersempadan dengan timur Ukraine.

“Rusia juga sedang menyediakan kemudahan perubatan untuk memberi rawatan kepada kemungkinan mangsa dari kalangan tentera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN