Ukraine: 10 koridor kemanusiaan dipersetujui - Utusan Malaysia

Ukraine: 10 koridor kemanusiaan dipersetujui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine memaklumkan sebanyak 10 koridor kemanusiaan dipersetujui untuk memindahkan penduduk dari beberapa wilayah dan bandar yang dikepung Rusia.

Lapor Al Jazeera, Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk berkata, koridor yang dirancang itu turut membabitkan pemindahan penduduk dari bandar Mariupol yang menaiki kenderaan peribadi.

Dalam pada itu, Gabenor Serhiy Gaidai menggesa lebih banyak pemindahan perlu dilakukan di Luhansk memandangkan serangan bom semakin meningkat di wilayah tersebut.

Beliau mendakwa kira-kira 30 peratus penduduk masih berada di kawasan perumahan di seluruh wilayah itu dan sudah diarahkan untuk berpindah.

“Tentera Rusia sedang mengerahkan pasukannya untuk melakukan serangan.

“Kami sedar jumlah serangan bom semakin meningkat di wilayah ini,” katanya kepada sebuah stesen televisyen.

Sementara itu, Ukraine menggesa orang awam di sekitar wilayah Luhansk untuk meninggalkan kawasan itu dengan segera susulan serangan peluru berpandu Rusia.

Menurut pihak berkuasa, lebih 50 orang yang cuba meninggalkan dengan menaiki kereta api dari wilayah berhampiran terkorban dalam serangan peluru berpandu itu.

Jelas pihak berkuasa, siren amaran serangan udara dibunyikan pada awal pagi tadi di hampir sebahagian besar timur Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN