Empat juruterbang maut, jet pejuang bertembung di udara - Utusan Malaysia

Empat juruterbang maut, jet pejuang bertembung di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Dua jet pejuang tentera Korea Selatan bertembung di udara ketika rutin latihan diadakan, menyebabkan empat juruterbang terbunuh.

Agensi berita Yonhap melaporkan, lebih 30 anggota bomba dan penyelamat memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Insiden itu berlaku kira-kira enam kilometer ke selatan pangkalan udara KT-1 di tenggara bandar Sacheon, pada pukul 1.37 petang waktu tempatan.

“Di sebalik langkah kecemasan yang diambil, empat juruterbang maut.

“Siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca nahas,” jelas Tentera Udara Korea Selatan menerusi kenyataan.

Terdahulu, pihak berkuasa memaklumkan seorang juruterbang hilang dalam insiden itu sebelum mayatnya ditemukan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN