Thailand destinasi carian dunia tertinggi - Utusan Malaysia

Thailand destinasi carian dunia tertinggi

THAILAND menduduki tangga pertama sebagai destinasi pelancongan paling banyak dicari di dunia untuk percutian. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand muncul sebagai destinasi pelancongan yang mendapat carian paling tinggi di dunia untuk percutian dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ia berdasarkan data dikeluarkan oleh platform pelancongan digital terkemuka dunia, Agoda.

Lapor Thethaiger.com, Thailand menyaksikan peningkatan 500 peratus dalam carian di platform Agoda dari tempoh Januari hingga Mac 2022.

Menurut data itu, pelancong Jepun mencatatkan kehadiran paling tinggi ke Thailand.

Selepas Jepun, pelancong kedua paling ramai adalah dari Amerika Syarikat (AS) diikuti Singapura.

“Perjalanan ke Thailand mungkin nampak menyukarkan disebabkan syarat kemasukan yang sentiasa berubah dan keperluan dokumen tambahan.

“Bagaimanapun, Agoda cuba melancarkan proses itu dengan menyepadukan data tempahan dengan platform permohonan Pas Thailand,” jelas laporan itu.

Setakat ini, pengembara antarabangsa yang memasuki negara itu perlu memohon dalam talian untuk mendapatkan Pas Thailand sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

Pas Thailand memerlukan pengembara antarabangsa mengemukakan butiran penginapan mereka untuk memastikan tempahan itu mengikut syarat kemasukan negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya