Tanaman dirosakkan, penduduk gilis beruang dengan traktor

Tanaman dirosakkan, penduduk gilis beruang dengan traktor

LEHER beruang coklat diikat dengan tali dan bahagian belakang badannya ditahan dengan roda berat traktor di bandar Namin, Iran.-IRNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seekor beruang coklat di Iran dibunuh dengan kejam selepas penduduk kampung menghancurkan tulang belakang, kaki dan pelvis dengan traktor serta mengikat lehernya dengan jengkaut. 

Rakaman gambar di tempat kejadian menunjukkan roda berat traktor digunakan untuk menghalang kaki beruang itu supaya tidak dapat bergerak. 

Penduduk kampung bertindak mengejar dan memukul beruang itu di sebuah perkampungan berdekatan bandar Namin di wilayah Ardabil sebelum haiwan itu mengalami kecederaan serius. 

Ageni berita IRNA melaporkan penduduk kampung menghalang haiwan itu dengan memukul dan mencederakannya dengan tingkah laku sangat tidak wajar. 

Pegawai Perlindungan Alam Sekitar membawa beruang itu ke klinik hidupan liar dan mendapati ia maut akibat kecederaan serius yang dialami. 

Sementara itu, Presiden Badan Amal United Kingdom, Penyelamat Haiwan Antarabangsa, Alan Knight berkata, insiden itu sangat menyayat hati dan tidak dapat dibayangkan penderitaan yang dialami oleh beruang malang ini. 

“Benar konflik antara manusia dan hidupan liar adalah masalah yang serius, tetapi tiada alasan untuk menyeksa haiwan itu dengan kejam sehingga mati. 

“Spesies berharga ini mesti dirawat dengan toleransi dan belas kasihan. Jika tidak ia akan lenyap dari muka bumi selama-lamanya,” katanya. 

Beruang coklat yang ditemukan di kawasan hutan di utara dan barat Iran diklasifikasikan sebagai terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Mengenai Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN) spesies berisiko. 

Beruang menghadapi pelbagai ancaman di Iran apabila golongan petani menghadapi tekanan semasa musim kemarau. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka berusaha menjaga tanaman dan ternakan daripada haiwan pemangsa itu.-AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya