Suami pergi tarawih, wanita bawa lelaki lain datang rumah

Suami pergi tarawih, isteri bawa lelaki lain datang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Seorang isteri didakwa berlaku curang apabila membawa lelaki lain datang ke rumah semasa suaminya sedang menunaikan solat tarawih di masjid.

Lapor Suara.com, kejadian menjadi tular dalam media sosial selepas wanita berbaju kuning itu dilihat melutut dan bersujud kepada suaminya sebagai tanda penyesalan.

Video itu juga menunjukkan kekasih wanita itu berada di belakang dan menutup mukanya.

“Seorang isteri dicekup kerana mempunyai hubungan sulit semasa suaminya menunaikan tarawih di masjid,” tulis video itu.

Difahamkan, kejadian berlaku di Lhokseumawe, Aceh.

Bagaimanapun, Ketua Polis Syiah Kuala, Budi Haryono menafikan fakta mengenai kes itu kerana wanita tersebut bukannya isteri orang.

Jelasnya, wanita itu ialah remaja yang ditangkap oleh orang ramai ketika bersama kekasihnya.

“Pasangan itu ditangkap ketika sedang berpacaran pada waktu malam di bulan Ramadan.

“Dia sujud dan menangis kerana takut diserang orang ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya