Russia tawan dua bandar di Donbas - Utusan Malaysia

Russia tawan dua bandar di Donbas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mendakwa tentera Russia sudah menguasai dua bandar di tenggara negara itu.

Lapor Al Jazeera, Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan anggota tentera Russia telah menawan bandar Zarichne.

Menurut kenyataan itu, ia merupakan sebahagian serangan Russia di bahagian utara wilayah Donetsk.

Jelas kenyataan tersebut, tentera Russia juga sudah memasuki bandar Novotoshkivske yang terletak di kawasan menghubungkan Luhansk dengan bandar Lysychansk.

Dalam pada itu, gabenor wilayah Kursk memaklumkan beberapa letupan kuat kedengaran di kawasan itu pada awal pagi ini.

Katanya, ia kemungkinan besar merupakan bunyi tembakan sistem pertahanan udara.

Sementara itu, agensi berita TASS memetik seorang pegawai dari Kementerian Situasi Kecemasan Russia sebagai berkata, dua letupan kuat kedengaran di wilayah Voronezh dan pihak berkuasa sedang menyiasat perkara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN