Rusia mula hilang rentak, kapal perang utama karam dibedil Ukraine

Rusia mula hilang rentak, kapal perang utama karam dibedil Ukraine

KAPAL Moskva merupakan antara aset ketenteraan terpenting Rusia semasa dipamerkan pada Hari Tentera Laut di Sevastopol.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kementerian Pertahanan Moscow akhirnya mengaku kapal perang utama Rusia di Laut Hitam karam selepas terkena bedilan peluru berpandu tentera Ukraine, Khamis lalu. 

Rusia sebelum ini hanya memaklumkan kapal Moskva mengalami kerosakan teruk akibat berlaku letupan pada badan kapal sehingga mengakibatkan kebakaran serta kerosakan serius. 

Media Rusia pula tidak menyatakan serangan peluru berpandu ketika memetik kenyataan Menteri Pertahanan.  

Moskva merupakan kapal peluru berpandu terbesar era Soviet yang karam ketika berpatah balik ke pelabuhan ditambah dengan cuaca ribut. 

Kapal Moskva dilengkapi sistem persenjataan peluru berpandu yang menjadi armada laut utama Moscow dalam kempen serangan terhadap Ukraine. 

Agensi berita Rusia, TASS melaporkan kapal itu hilang keseimbangan akibat kerosakan yang dialami di badan kapal ketika kebakaran. 

“Memandangkan laut bergelora, maka kapal itu tenggelam,” jelas laporan itu. 

Terdahulu, pegawai pertahanan Amerika Syarikat memaklumkan, Rusia memindahkan kapalnya yang lain sejauh 1.6 kilometer dari pantai Ukraine sebagai percubaan untuk keluar dari jarak peluru berpandu selepas kapal Moskva mengalami kerosakan.

Kehilangan kapal perang itu adalah bencana ketenteraan terkini yang melanda Rusia selepas melancarkan serangan terhadap Ukraine pada 24 Februari lalu.

Pertempuran yang sudah berlanjutan lebih sebulan itu menyaksikan tentera Moscow mengalami kerugian besar dan gagal merampas banda-bandar utama di Ukraine.  

Sejak perang meletus, tentera laut Rusia ditempatkan di luar pantai Ukraine bagi memberikan sokongan kepada tentera darat dan menghalang akses Kyiv ke kawasan pantai. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN