Rundingan damai kerajaan Thailand-BRN tidak terjejas - Utusan Malaysia

Rundingan damai kerajaan Thailand-BRN tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Rundingan damai antara kerajaan Thailand dan puak pemisah di selatan negara ini akan diteruskan biarpun insiden pengeboman masih berlaku dalam bulan Ramadan.

Pada Jumaat lalu, kumpulan G5 iaitu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) melancarkan dua serangan bom yang menyebabkan seorang maut dan tiga anggota polis cedera.

Serangan itu dipercayai dilakukan selepas PULO dikecualikan daripada perbincangan antara Bangkok dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) pada dua minggu lalu yang bersetuju untuk menghentikan keganasan sepanjang Ramadan sehingga 14 Mei ini.

Lebih 7,300 orang terkorban sejak 2004 dalam pertempuran antara kerajaan dan sejumlah kumpulan pemisah yang berkeras menuntut kemerdekaan bagi wilayah majoriti Melayu-Islam iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian daripada Songkhla.

Wikayah itu merupakan sebahagian daripada Kesultanan patani yang diambil alih oleh Thailand dalam perjanjian 1909 bersama Britain.

Pasukan perunding kerajaan mengutuk serangan tersebut, namun menegaskan perjanjian damai dengan BRN juga masih berkuatkuasa.

Pada masa yang sama, BRN enggan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Rundingan damai antara kerajaan dengan BRN sering tertangguh sejak 2013 dengan pertemuan terakhir pada 2019. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN