Rakyat Yaman sambut baik gencatan senjata dua bulan - Utusan Malaysia

Rakyat Yaman sambut baik gencatan senjata dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Rakyat Yaman menyambut baik persetujuan gencatan senjata di seluruh negara selama dua bulan yang bermula semalam selepas negara ini bergelut dengan konflik sejak tujuh tahun lalu.

Konflik itu menyaksikan rakyat Yaman berdepan krisis kebuluran, kemiskinan dan ramai penduduk hilang tempat tinggal.

Namun, selepas beberapa kali usaha perdamaian gagal dicapai, rakyat Yaman berharap gencatan senjata yang dipersetujui kali ini dapat ‘memberi mereka ruang untuk bernafas kembali’ biarpun terdapat kebimbangan ia tidak akan berjaya.

“Gencatan senjata itu bagus, namun saya bimbang sekiranya ia terputus di tengah jalan,” kata seorang pemuzik, Murad Abdullah di Aden.

Gencatan senjata selama dua bulan itu dilakukan sempena ketibaan Ramadan dan merupakan buat kali pertama sejak 2016.

Antara persetujuan yang dicapai termasuk menghentikan operasi ketenteraan, serangan di kawasan sempadan dan membenarkan mengimport bahan api di kawasan yang dikuasai Houthi.

Seorang lagi penduduk, Ibtihad al-Arashi berharap gencatan senjata kali ini dapat mengakhiri konflik yang berlaku, sekali gus peluang menyambut Ramadan dalam keadaan tenang dan aman.

”Bantulah kami tamatkan semua kesusahan dan keperitan ini. Bantu Yaman akhiri konflik yang berlaku,” luahnya.

Pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi membantu Yaman berdepan ancaman Houthi sejak 2015 dan mengawal sebahagian besar ruang udara serta perairan di negara ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya